Ezreen Abd Talip (+6 012 775 0952)
Jurugambar / Jurufoto Johor, Malaysia
By: Ezreen Abd Talip

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 28-Dec-2009 23:40 Email | Share | Bookmark
Airmata mengalir di Serambi Kaabah - Final Part

Arini adalah hari terakhir aku di Bandar Acheh.. Flight kul 3 petang...
Pagi ini aku, Faizaul dan En Lani ambil kesempatan untuk ke Kampung Gurah untuk bertemu imam di sana seperti mana yang disarankan oleh Dr Fuad.
Di Kampung Gurah ini terdapat sebuah kubah masjid yang tersadai di tengah-tengah kawasan semak samun.. Menurut cerita imam yang kami temui, kubah tersebut telah hanyut jauh ke pedalaman tapi balik semula mengikut surut laut... Beliau terselamat setelah lama di bumbung masjid yang tak jauh dari tempat di mana letaknya kubah ini...

Selepas itu, kami ke bandar untuk berjumpa dengan Ustaz MujibulRahman, salah seorang mangsa Tsunami yang terselamat.
Ustaz Mujib dan 58 yang lain selamat kerana berjaya menaiki bot yang tersangkut di rumah tetangganya..
Menarik cerita ustaz dan yang paling menarik adalah cerita pengalaman beliau melihat ombak terbelah 2 sebelum menghempas bot yang mana telah menyelamatkan 59 org di atasnya...

Dan kami terus pulang ke asrama untuk berjumpa dengan anak-anak yatim sebelum berangkat pulang... Tak perlu le aku ceritakan macam mana perasaan aku ketika hendak meninggalkan mereka yang ramah dan baik budi..
Bacaan selawat beramai-ramai cukup menyayat hati aku....

Pukul 3 petang, aku pulang menaiki kapal terbang Air Asia... meninggalkan seribu kenangan, membawa pulang beribu pengajaran dan pelajaran baru dalam hidup aku...(tak lupa jugak airmata yang tak semena-mena mengalir)

Banyak benda yang aku pelajari (dan masih banyak lagi yang perlu aku pelajari) sepanjang 4 hari di Acheh, bandar Serambi Kaabah ini...
Seperkara yang aku ingin kongsikan di sini, semua yang aku temui, semua yang aku temubual, mereka langsung tidak menganggap Tsunami sebagai 1 bencana, mereka menganggapnya sebagai satu teguran dari Yang Maha Esa kerana mereka leka dengan ajaran Islam...

Semoga aku dapat ke sini semula...

Semua foto oleh:
EZREEN | +6 012 775 0952


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net