Ezreen Abd Talip (+6 012 775 0952)
Jurugambar / Jurufoto Johor, Malaysia
By: Ezreen Abd Talip

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 25-Dec-2009 23:40 Email | Share | Bookmark
Airmata mengalir di "Serambi Kaabah" - Pt I

Lepas habis operai AADK, aku lepak kat JPAM BBU sementara menunggu pagi..
Jam 7:30 pagi, aku, En Lani dan anaknya bergerak ke LCCT menaiki kereta…
Oleh kerana aku belum tidur lagi, maka, sepanjang perjalanan dari JB ke KL aku habiskan dengan tidur aje…
Jam 12:45 aku sampai LCCT…
Di sana, En Sulaiman (lebih mesra dipanggil Cikgu Sulaiman - naib presiden PERYATIM), 4 orang wakil UMNO Bahagian Bakri dan Faizol, wartawan dari BERNAMA sudah pun menunggu kedatangan kami..
Kami menaiki AirAsia dan tiba di Bandar Acheh jam 2 petang (jam 3 petang waktu Malaysia)…
Aku ke bandar yang pertama menerima ajaran Islam di benua Nusantara ini, atas urusan membuat video coverage Rumah Anak-anak Yatim Johor di Acheh…
Ya, aku ke Bandar serambi Mekah, Banda Atjeh (ejaan Indon untuk Acheh)..

Di lapangan terbang, Bandar Udara Internasional Sultan Iskandar Muda, kami disambut oleh Cikgu Azizah, penyelia asrama…
Di sepanjang perjalanan ke asrama, pemandu van, Jamal, tak henti-henti menerangkan kepada kami tentang keadaan semasa Acheh.. Aku lak, tak sabar nak tengok kesan peninggalan bencana Tsunami…

Di asrama, aku disambut mesra oleh anak-anak yatim yang ditempatkan di asrama ini..
Mereka adalah anak-anak yatim yang samada kehilangan bapa atau kedua-dua ibu-bapa…
Ada di antara mereka merasai sendiri pengalaman dilanda Tsunami..
Kerajaan Negeri Johor melalui Badan Perhubungan UMNO Negeri dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Anak Yatim Acheh dengan ikhlasnya membina bangunan dan membiayai segala perbelanjaan asrama ini…
Selain Johor, Melaka juga tidak ketinggalan membantu kebajikan anak-anak yatim di sini.. Namun begitu, pujian haruslah diberikan kepada Asrama Anak-Anak Yatim Johor ini kerana dipilih sebagai Asrama Terbaik Seluruh Acheh..
Begitu jua dengan pencapaian anak-anak di sini… Ada di antara mereka menjadi Johan Pidato..



Selepas itu, kami dibawa ke rumah Pak Zul (budiman yang mewakafkan sebahagian tanahnya untuk tujuan pembinaan bangunan asrama tersebut)..


Secara tiba-tiba, seorang demi seorang jiran tetangga datang ke rumah Pak Zul... Tak lama selepas itu, di sudut lain, mereka berkumpul membaca Yasin sempena memperingati mangsa-mangsa Tsunami...


Aku tak ambil masa lama untuk memulakan kerja..

Seorang demi seorang pengasuh aku temubual.. Airmata mengalir apabila aku menemuramah salah seorang pengasuh di situ.. Betapa aku terharu kerana ada di antara mereka sanggup datang jauh semata-mata untuk bersama anak-anak yatim di sini.. Dan, mereka tidak mengharapkan imbuhan hanya doa anak-anak yatim di sini menjadi bekalan dan keberkatan kehidupan harian…

semua foto oleh
EZREEN | +6 012 775 0952


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net