Ezreen Abd Talip (+6 012 775 0952)
Jurugambar / Jurufoto Johor, Malaysia
By: Ezreen Abd Talip

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 25-Dec-2009 23:30 Email | Share | Bookmark
JAIJ + AADK di Malam Krismas

Mujur le ada operasi yang dijalankan oleh pihak polis trafik di luar Zone, kalau tidak, jenuh jugak aku menunggu pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk datang memulakan operasi..
Jam 1:00 pagi baru le, AADK datang.. (asalnya kul 11 malam..)
Sasaran adalah pusat hiburan di tingkat atas yang dikenali sebagai Salivate…
Aku mengikut dari belakang, barisan ke 3…
Masa AADK nak masuk, berlaku rempuhan sebab AADK tak bagi sesiapa pun dari dalam keluar… Sempat jugak aku tangkap video aksi rempuhan tersebut…
Ada le 2 – 3 orang berjaya meloloskan diri…
Macam-macam cerita dari pegawai AADK melucukan semasa rempuhan berlaku..
Masa aku masuk, lagu diberhentikan dan lelaki serta perempuan diasingkan..
AADK tidak bersendirian kerana Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) turut bekerjasama dalam operasi ini…
Ujian air kencing dan nafas dilakukan secara rambang…
Aku sempat juga me’round’ di dalam pusat hiburan itu.. Sedih sebab di malam Krismas, orang Islam yang melonjak-lonjak kesukaan, hilang resam Melayu, lupa diri dll…
Selain 5 orang India, kesemua hampir 300 org terdiri dari orang Melayu…
Seramai hampir 30 orang ditahan kerana meminum minuman keras..(itupun sebab ujian dilakukan secara rambang)..
Kalau le semua kena melalui ujian, pastinya hampir 80% ditahan..
AADK berjaya menahan seramai 3 orang yang positif dadah…
Operasi berakhir kul 4 pagi..








Dan sehabis operasi, aku tidak tidur kerana aku harus ke luar negara pagi ini..

Semua foto oleh :-
EZREEN | +6 012 775 0952



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net