Ezreen Abd Talip (+6 012 775 0952)
Jurugambar / Jurufoto Johor, Malaysia
By: Ezreen Abd Talip

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 5-Nov-2009 22:51 Email | Share | Bookmark
Ops Binaan Bersama Jabatan Imigresen

Operasi bermula pada jam 10 pagi tadi...
Aku, Hazrey dan wakil media lain bersama lebih 100 para pegawai Jabatan Imigresen berkumpul di Masjed Jamek Taman Kenanga..
Operasi dinamakan Ops Binaan, manakala target tidak diberitahu..
Aku dan Hazrey bergerak menaiki kereta kami sendiri... Hujan turun dengan lebat apabila kami nak sampai ke tempat sasaran...
Sampai di tempat sasaran, hujan mula renyai... Kami dapati para pegawai Imigresen sudah bersedia mengepung kawasan binaan yang terletak di Bandar Seri Alam...
Aku mula masuk bersama Hazrey dan 5 org pegawai...
Bila aku masuk, para pegawai sedang sibuk mengejar Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang lari bertempiaran apabila mereka sedar kehadiran Imigresen...
Aku pass video camera pada Hazrey sebab terasa gatal untuk amik still photo... sedang aku ingin mengeluarkan kamera aku, Hazrey bg amaran pada aku agar bersedia mungkin PATI akan menyerang semula...
Memang benar, para PATI yang tadinya menyorok di dalam bangunan yang sedang dalam pembinaan itu, tetiba keluar bersama kayu beluti, tukul, cangkul, besi dan senjata lain...
Aku tergamam, mujur le Hazrey tarik aku dan kami pun melarikan mengundur diri...
Jarak aku dan Para PATI tu tak sampai pun 50 meter...Punya laju aku berlari hinggakan tali bag camera aku putus pun aku tak perasan...
semasa berlari aku teringatkan seseorang yang pernah amik gambar aku semasa aku nyanyi lagu Faizal Tahir di Teratak Seri Alam tak lama dulu...

"Bunuh..!!!!", "Pukul..!!!", "Jangan ganggu kami!!!!", "Kami nggak mau pulang....!!!"
Itulah antara jeritan mereka semasa menyerang kami... Masih terngiang lagi...
Mujur juga ada pegawai yang back-up kami... Ntah kenapa tak sampai pun 15 minit, PATI tadi lari semula menyorok... Kali ni, para pegawai tak bagi peluang... sehingga ke lubang cacing para PATI tu dicari...
Hujan bertukar panas yang amat terik... Tetiba hujan semula, amat lebat...
Lebih 400 orang ditahan dan hampir separuh dari mereka ditangkap...
Aku tak lama, kul 2 petang, aku dah balik meninggalkan para pegawai yang sedang sibuk bersama kenangan yang tak bisa aku lupakan.....








semua foto oleh :-
EZREEN | +6 012 775 0952


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net