Ezreen Abd Talip (+6 012 775 0952)
Jurugambar / Jurufoto Johor, Malaysia
By: Ezreen Abd Talip

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 28-Oct-2009 11:16 Email | Share | Bookmark
SERE Pt 1 - JPAM

Berjalan kaki dari Johor Bahru ke Batu Pahat dalam masa 36 jam..., tidak boleh kelihatan di jalan raya, tidak boleh bawa duit..., dalam bag hanya ada medic kit, dalam bag ada batu bata..., ala komando..., gitu...

Sapa sanggup?

Itulah yang dilakukan oleh 74 anggota JPAM (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia) bermula pada hari Jumaat lepas (23 Oktober) jam 6 petang di HQ, BBU dan berakhir pada jam 6 pagi 25 Oktober, Pantai Minyak Beku, Batu Pahat...

Aku dilantik untuk menjadi OP untuk kursus @ latihan ini.... Aku tak keseorangan, aku ajak Abot untuk bantu aku cover photography...
Walaupun aku dibekalkan dengan kenderaan rasmi jabatan untuk bergerak, namun, penatnya bukan main lagi...
Terfikir jugak, bagaimanalah agaknya ketahanan dari segi fizikal dan mental para anggota yang bergerak tanpa henti yang terpaksa mengharungi pelbagai cabaran untuk sampai ke destinasi (Check-point) terakhir...

Ada anggota yang cedera, pitam, malah diganggu makhluk halus, di sepanjang perjalanan ini...
Aku kagum dengan mereka kerana itu semua tidak mematahkan semangat mereka dan semangat berkumpulan untuk berjaya sampai... Melihat kegigihan mereka, terasa untuk menyertai mereka mengharungi segala cabaran, semoga diberi peluang di lain kali... Bukannya apa, nak tahu gak setinggi mana tahap fizikal dan mental aku... Muhasabah diri....




Apabila mereka ditangkap kerana melakukan kesalahan, maka, satu kumpulan (sindiket) dikenakan denda...
Gambar di atas, menunjukkan satu sindiket dikenakan denda mencium tiang lampu lebuhraya apabila mereka ditangkap kelihatan di jalanraya....



Mamat yang terkangkang tu sebenarnya sedang "dipulihkan" oleh rakan sekumpulan dan pegawai kesihatan yang sentiasa bersedia di sepanjang latihan ini...
Mamat tu melarikan diri jauh ke dalam hutan apabila ternampak jurulatih... ahli kumpulan lain lari gak tapi takdelah jauh sangat... hampir 2 jam juga ahli kumpulan dan para pegawai cuba mencari mamat ni... Akhirnya, beliau dijumpai oleh ahli kumpulan lain dalam keadaan lembik.... Maklum le lari dengan tak cukup tidur dan tak cukup makan....


Salah satu cabaran yang ditetapkan di latihan ini adalah mencari maklumat yang diletakkan di dlam botol bergantung di tanah perkuburan Kg Pt Hj Salleh Ros, Parit Raja....
Seram giler..., dia org masuk cari maklumat lebih kurang jam 10 malam... Aku sebagai photographer, kena standby kat dlm kawasan kubur... Sorang2 tunggu... keliling gelap... Kalau tak kerana tugas, memang tak akan aku masuk mana2 kawasan kubur dan duduk sorang-sorang... Lain le dah mati nanti, memang dah takde rasa takut..(memang dah takde rasa apa-apa pun)...


Sebenarnya, itu adalah demo menyelamatkan mangsa yang dilakukan sempena majlis penutup latihan S.E.R.E. - Siri 1 yang diadakan di Pantai Minyak Beku...


semua foto oleh :-
EZREEN | +6 012 775 0952


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net