Ezreen Abd Talip (+6 012 775 0952)
Jurugambar / Jurufoto Johor, Malaysia
By: Ezreen Abd Talip

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 21-Sep-2009 22:27 Email | Share | Bookmark
Hari Raya Pertama 2009

Tahun ini aku membuat sedikit kelainan berbanding dengan tahun-tahun yang lepas....
Tahun ini, aku amik gambar seawal pagi lagi...

Tepat jam 7:45 pagi, aku keluar rumah, terus ke Masjid Taman Cendana, Pasir Gudang yang pada ketika itu, dahpun hampir penuh dengan jemaah yang datang untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya...

Aku dengan berbaju melayu, terus capai bag kamera aku dan memulakan tugas aku pertama...,
amik gambar imam bertakbir raya...

Mungkin agak janggal bagi sesetengah orang melihat seorang lelaki datang ke masjid dengan DSLR tersandung di bahu...

Sedap mata memandang orang ramai, lelaki dan perempuan berwajah ceria, berbaju baru, sedondon satu famili, berduyun-duyun ke masjid untuk mengucapkan syukur datangnya bulan Syawal...






Aku ke Masjid Jamek Pasir Gudang selepas amik sedikit gambar di Masjed Jamek Taman Cendana...
Aku jumpa Ajek...
Di Masjid Jamek Pasir Gudang, aku tertarik dengan barisan para peminta sedekah yang beratur sejak awal lagi... kalau diamati salah satu gambar, memang sah, aku tak sembahyang sunat raya tahun ini...
Selepas di Masjid Jamek Pasir Gudang, aku ke Tanah Perkuburan Kota Masai...




semua foto oleh :
EZREEN | +6 012 775 0952


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net