Pementasan Bangsawan "Delima Mustika Sakti" - JB Arts Festival
Pementasan bangsawan bermula di Tanah Melayu sekitar 1880-an..., kemudiannya menjadi popular dan memonopoli aktiviti teater hampir 70 tahun.. Ianya bermula di Pulau Pinang dan terus menular ke serata pelosok Malaya...
Cerita bangsawan kali ini bertajuk " Delima Mustika Sakti"
Ianya mengisahkan Seri, seorang gadis yang dipelihara oleh keluarga Sang Pendeta Buana dari sejak kecil lagi menjadi pilihan hati Raja Jauhar Nilam Shah utk dijadikan permaisurinya. Walau bagaimanapun, akibat nafsu amarah dan sikap bongkak yang meliputi hati berlaku sumpahan oleh Sang Pendeta Wara yang menyalahgunakan ilmu kebatinan yang dimilikinya sehingga Raja Jauhar Nilam Shah tidak dapat mengenali wajah isterinya sendiri, Seri. Hanya cincin Delima Mustika Sakti, cincin mohor daulat kerajaan negeri, pemberian Raja Jauhar Nilam Shah kepada Seri yang dapat menghapuskan sumpahan tersebut.