Ezreen Abd Talip (+6 012 775 0952)
Jurugambar / Jurufoto Johor, Malaysia
By: Ezreen Abd Talip

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 6-Jul-2009 17:58 Email | Share | Bookmark
6th JB Art Festival - Press Conference

Venue : Menara Ansar, JB

Tadi aku ditugaskan untuk cover Press Conference untuk 6th JB Arts Festival... Acara yang dianjurkan setiap tahun ini (dah 6 kali rupanya) menampilkan pelbagai persembahan hebat yang bakal menarik ramai penonton yang datang dari dalam dan luar Johor.

Majlis sidang akhbar ini dihadiri oleh pihak media, para penaja dan pihak pengurusan.

YB Hoo Seong Chang (Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri, Negeri Johor),YM Tunku Rofayah Yaacob (Presiden JSPA), YB Tn Hj A Jabar Mohd Tahir (JOTIC) serta Fazlina Abd Malek (Wakil Datuk Bandar) menjadi ahli panel untuk majlis ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan dari YB Hoo Seong Chang. Sebelum sessi jawab dimulakan, para jemputan ditayangkan presentasi power point berkaitan temasya tahun ini.

Banyak acara yang telah dijadualkan untuk menarik minat ramai pengunjung temasya.

12 July 2009 - Persembahan Paul Ponnudorai & Roger Wang
13 July 2009 - Celebration : A Tribute to Michael Jackson
Para pengunjung dijemput untuk membuat persembahan (meniru gaya "King Of
Pop")
17 July 2009 - Bass Grove 100
18 July 2009 - Konsert Indie - Nrocinu ( Unicorn kalau diterbalikkan) - 6 pm
- Konsert Indie - AkashA - 9 pm
19 July 2009 - Konsert Rock/Indie - Sharin Band - 9 pm
- An Evening with Kakehashi Ensemble (Classic)
Klinik akan dibuka untuk para peminat yang ingin belajar.
- Persembahan teater mutiara Medini
21 July 2009 - Konsert Julian Mokhtar (Guitaris Blues Gang) bersama Karen Nunis Blackstone
25 July 2009 - Persembahan Bangsawan - Delima Mustika Sakti
26 July 2009 - Persembahan Bangsawan - Delima Mustika Sakti
28 July 2009 - Persembahan Comedy dari pelawak terulung negara.
31 July 2009 - Persembahan Drama Tari - Si Bongkok Tanjung Puteri
01 Aug 2009 - Persembahan Drama Tari - Si Bongkok Tanjung Puteri

Disamping itu, banyak lagi acara yang bakal menarik minat ramai untuk datang memeriahkan temasya yang dibuat setiap tahun ini.

Antaranya,
- Persembahan Ghazal
- Karnival Warisan Kebudayaan dan Kraftangan
- Jualan hasil kraftangan JARO
- 24 Festival Drums
- Persembahan Masyarakat Asli
- Pesta Makanan
- Persembahan Nasyid
- Muzik Samrah
- Persembahan dari Shruthi
- Persembahan dari pelbagai kaum
- Pameran Beca dan kereta Vintage
- Hot Air Balloon Ride

Majlis Penutup bakal diadakan pada 1 Aug 2009 oleh YAB Dato' Hj Abdul Ghani Osman, Menteri Besar Johor...




Semua foto oleh :
EZREEN TALIP | +6 012 775 0952


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net