Ezreen Abd Talip (+6 012 775 0952)
Jurugambar / Jurufoto Johor, Malaysia
By: Ezreen Abd Talip

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Friday, 25-Dec-2009 23:30 Email | Share | | Bookmark
JAIJ + AADK di Malam Krismas

Mujur le ada operasi yang dijalankan oleh pihak polis trafik di luar Zone, kalau tidak, jenuh jugak aku menunggu pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk datang memulakan operasi..
Jam 1:00 pagi baru le, AADK datang.. (asalnya kul 11 malam..)
Sasaran adalah pusat hiburan di tingkat atas yang dikenali sebagai Salivate…
Aku mengikut dari belakang, barisan ke 3…
Masa AADK nak masuk, berlaku rempuhan sebab AADK tak bagi sesiapa pun dari dalam keluar… Sempat jugak aku tangkap video aksi rempuhan tersebut…
Ada le 2 – 3 orang berjaya meloloskan diri…
Macam-macam cerita dari pegawai AADK melucukan semasa rempuhan berlaku..
Masa aku masuk, lagu diberhentikan dan lelaki serta perempuan diasingkan..
AADK tidak bersendirian kerana Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) turut bekerjasama dalam operasi ini…
Ujian air kencing dan nafas dilakukan secara rambang…
Aku sempat juga me’round’ di dalam pusat hiburan itu.. Sedih sebab di malam Krismas, orang Islam yang melonjak-lonjak kesukaan, hilang resam Melayu, lupa diri dll…
Selain 5 orang India, kesemua hampir 300 org terdiri dari orang Melayu…
Seramai hampir 30 orang ditahan kerana meminum minuman keras..(itupun sebab ujian dilakukan secara rambang)..
Kalau le semua kena melalui ujian, pastinya hampir 80% ditahan..
AADK berjaya menahan seramai 3 orang yang positif dadah…
Operasi berakhir kul 4 pagi..








Dan sehabis operasi, aku tidak tidur kerana aku harus ke luar negara pagi ini..

Semua foto oleh :-
EZREEN | +6 012 775 0952



Friday, 25-Dec-2009 23:00 Email | Share | | Bookmark
Operasi Natal - Polis Trafik

Seronok tanpa memikirkan orang lain…

Begitulah yang dilakukan oleh segelintir pengunjung Duty Free Trade Zone, Stulang yang datang untuk menyambut malam Krismas…
Mereka dengan selambanya, meletak kenderaan mereka di atas jalan berhadapan pintu gerbang The Zone… Keadaan ini menyukarkan pengunjung lain yang ingin masuk ke kawasan The Zone..
Mungkin mereka ini tak sabar nak Countdown Malam Krismas sebab tu mereka pakai letak aja kereta kat mana-mana dia orang suka…
Melihatkan sikap kurang ajar mereka ini, pihak polis trafik mengambil tindakan mengarahkan beberapa towing lorry (lori tunda) untuk menunda kereta-kereta tersebut ke Balai Polis Trafik Cawangan JB..
Sedang sibuk pengunjung menjerit-jerit menandakan datangnya Krismas, mereka tak sedar Polis “Santa Claus” Trafik datang menarik kereta mereka…
Aku berada di sekitar The Zone kerana ingin menyertai operasi bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang dilakukan di Salivate…





semua foto oleh
EZREEN | +6012 775 0952


Saturday, 12-Dec-2009 23:56 Email | Share | | Bookmark
Misha Omar & Noraniza Idris






Saturday, 12-Dec-2009 23:54 Email | Share | | Bookmark
Rakaman Luar AJL | Danga Bay

Selepas cover majlis di Angsana, aku ke Danga Bay untuk amik sedikit gambar Rakaman Luar Anugerah Juara Lagu di Danga Bay..
Sambutan yang sederhana berikutan kesilapan promo..







semua foto oleh
EZREEN | +6 012 775 0952


Saturday, 12-Dec-2009 23:50 Email | Share | | Bookmark
Karnival Keusahawanan Produk Koperasi Johor 2009

Selepas cover majlis di Hospital Aminah, aku ke Plaza Angsana sebab kena cover majlis Karnival Keusahawanan Produk Koperasi Johor 2009..
Aku cover untuk majalah Bisnes Johor..





semua foto oleh
EZREEN | +6 012 775 0952


[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net