Ezreen Abd Talip (+6 012 775 0952)
Jurugambar / Jurufoto Johor, Malaysia
By: Ezreen Abd Talip

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Saturday, 26-Dec-2009 23:45 Email | Share | | Bookmark
Airmata mengalir di "Serambi Kaabah" - Pt V

Kumpulan kami agak bertuah sebab mendapat jemputan untuk menghadiri satu majlis perkahwinan adat Atjeh...
Meriah sungguh...
Pengantin perempuan adalah warga tempatan manakala pengantin lelaki, warga German...
Ramai yang datang... Masa kami sampai, pengantin perempuan berada di dalam bilik dan tak boleh ditemui kerana pitam kepanasan... Punya la ramai orang datang..., sampai pitam pengantin perempuan...







Dalam banyak-banyak benda, ada sesuatu yang menarik perhatian aku...
Hantaran-hantaran dari pengantin lelaki kepada pengantin perempuan...
Dan dalam banyak hantaran tersebut, termasuk le set persalinan pengantin perempuan...
Dalam dulang persalinan itu, ada tuala, baju dalam, kain dalam malah seluar dalam jugak...
Nanti aku kahwin, aku nak hantar macam ni jugak lah...


semua foto oleh:
EZREEN | +6 012 775 0952


Saturday, 26-Dec-2009 23:25 Email | Share | | Bookmark
Airmata mengalir di "Serambi Kaabah" - Part IV

Selepas ke Kuburan Massal..., kami terpaksa pulang ke asrama kerana kami dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan anak kepada warga tempatan...
Tak sabar rasanya sebab tak pernah tengok macam mana meriahnya majlis di Atjeh..
Tiba di asrama, terdapat ramai anak-anak muda di sana..
Mereka adalah pelajar dari salah satu universitas di Atjeh yang datang untuk membuat kerja amal, gotong royong serta ada majlis bacaan Yasin bersama anak-anak yatim....



semua foto oleh
EZREEN | +6 012 775 0952


Saturday, 26-Dec-2009 23:18 Email | Share | | Bookmark
Airmata mengalir di "Serambi Kaabah" - Part III

Aku bangun seawal pagi lagi kerana hari ini akan diadakan acara mengingati 5 tahun Tsunami di Pantai Ulee Lheue (Uleleh). Naib Presiden Indonesia juga dijaduialkan akan bersama meraikan majlis...
Alangkah sedihnya apabila, kami beserta wartawan-wartawan lain yang datang dari pelosok dunia (malah ada di antara kami ada "event pass) tidak dibenarkan masuk...
Dapat tengok dari jauh... Lalu, aku, Faizul dan wakil UMNO Bhg Bakri terus ke Kuburan Massal yang letaknya tak jauh dari tempat acara diadakan..

Kami berada agak lama juga di sini... Maklum le, orang ramai kat sini.. Kalau nak dibandingkan di tempat acara yang berapa kerat aja...
Aku interview beberapa ibu yang merasai pengalaman sendiri mengharung Tsunami... Aku letakkan gambar seorang ibu yang kehilangan salah satu jarinya...
Di Kuburan Massal ini, orang ramai berkumpul, membaca Yasin dan ayat suci Al-Quran...
Disini, beribu mayat dikebumikan dalam beberapa lubang mengikut kategori...
Ada kuburan dewasa, kanak-kanak dan wanita...




semua foto oleh
EZREEN | + 6 012 775 0952


Friday, 25-Dec-2009 23:40 Email | Share | | Bookmark
Airmata mengalir di "Serambi Kaabah" - Pt II

Selepas sessi temubual bersama beberapa pengasuh di asrama, aku terus ke tempat penginapan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan... Memang cantik, sebuah banglo beserta kolam renang di depannya...
Jam 8 malam (waktu tempatan), aku dan Faizul terus ke asrama kerana di sana akan diadakan majlis kesyukuran serta ceramah sempena mengingati 5 tahun Tsunami..
Dr Fuad Zarkashi (atau lebih mesra dipanggil Ayahanda Dr Fuad, dikalangan anak-anak yatim dan pengasuh), Timbalan Menteri Pelajaran, serta beberapa wakil UMNO telahpun berada di asrama...
Kemesraan di antara Orang Johor bersama anak-anak serta pengasuh memang jelas terpampang dan tak dapat dinafikan lagi.. Malah aku yang dipanggil dengan panggilan "cikgu" juga dilayan dengan cukup baik oleh warga tempatan...



Acara bermula selepas selesai Isyak.., Cikgu Azizah, penyelia asrama bertindak sebagai pengerusi majlis..

Ntah kenapa, semasa membuat rakaman, airmata aku sekali lagi mengalir, apatahlagi bila mendengar anak-anak yatim ini menyanyikan sebuah lagu nasyid yang berjudul "Hassan Ngon Hussin" (Hassan dan Hussin) dan majlis diakhiri dengan nyanyian beramai-ramai lagu yang mengisahkan penderitaan mereka yang terlibat dengan Tsunami...



semua gambar oleh
EZREEN | +6 012 775 0952


Friday, 25-Dec-2009 23:40 Email | Share | | Bookmark
Airmata mengalir di "Serambi Kaabah" - Pt I

Lepas habis operai AADK, aku lepak kat JPAM BBU sementara menunggu pagi..
Jam 7:30 pagi, aku, En Lani dan anaknya bergerak ke LCCT menaiki kereta…
Oleh kerana aku belum tidur lagi, maka, sepanjang perjalanan dari JB ke KL aku habiskan dengan tidur aje…
Jam 12:45 aku sampai LCCT…
Di sana, En Sulaiman (lebih mesra dipanggil Cikgu Sulaiman - naib presiden PERYATIM), 4 orang wakil UMNO Bahagian Bakri dan Faizol, wartawan dari BERNAMA sudah pun menunggu kedatangan kami..
Kami menaiki AirAsia dan tiba di Bandar Acheh jam 2 petang (jam 3 petang waktu Malaysia)…
Aku ke bandar yang pertama menerima ajaran Islam di benua Nusantara ini, atas urusan membuat video coverage Rumah Anak-anak Yatim Johor di Acheh…
Ya, aku ke Bandar serambi Mekah, Banda Atjeh (ejaan Indon untuk Acheh)..

Di lapangan terbang, Bandar Udara Internasional Sultan Iskandar Muda, kami disambut oleh Cikgu Azizah, penyelia asrama…
Di sepanjang perjalanan ke asrama, pemandu van, Jamal, tak henti-henti menerangkan kepada kami tentang keadaan semasa Acheh.. Aku lak, tak sabar nak tengok kesan peninggalan bencana Tsunami…

Di asrama, aku disambut mesra oleh anak-anak yatim yang ditempatkan di asrama ini..
Mereka adalah anak-anak yatim yang samada kehilangan bapa atau kedua-dua ibu-bapa…
Ada di antara mereka merasai sendiri pengalaman dilanda Tsunami..
Kerajaan Negeri Johor melalui Badan Perhubungan UMNO Negeri dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Anak Yatim Acheh dengan ikhlasnya membina bangunan dan membiayai segala perbelanjaan asrama ini…
Selain Johor, Melaka juga tidak ketinggalan membantu kebajikan anak-anak yatim di sini.. Namun begitu, pujian haruslah diberikan kepada Asrama Anak-Anak Yatim Johor ini kerana dipilih sebagai Asrama Terbaik Seluruh Acheh..
Begitu jua dengan pencapaian anak-anak di sini… Ada di antara mereka menjadi Johan Pidato..



Selepas itu, kami dibawa ke rumah Pak Zul (budiman yang mewakafkan sebahagian tanahnya untuk tujuan pembinaan bangunan asrama tersebut)..


Secara tiba-tiba, seorang demi seorang jiran tetangga datang ke rumah Pak Zul... Tak lama selepas itu, di sudut lain, mereka berkumpul membaca Yasin sempena memperingati mangsa-mangsa Tsunami...


Aku tak ambil masa lama untuk memulakan kerja..

Seorang demi seorang pengasuh aku temubual.. Airmata mengalir apabila aku menemuramah salah seorang pengasuh di situ.. Betapa aku terharu kerana ada di antara mereka sanggup datang jauh semata-mata untuk bersama anak-anak yatim di sini.. Dan, mereka tidak mengharapkan imbuhan hanya doa anak-anak yatim di sini menjadi bekalan dan keberkatan kehidupan harian…

semua foto oleh
EZREEN | +6 012 775 0952


[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net