Ezreen Abd Talip (+6 012 775 0952)
Jurugambar / Jurufoto Johor, Malaysia
By: Ezreen Abd Talip

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Saturday, 16-Jan-2010 23:50 Email | Share | | Bookmark
Mana lebih kotor? - Rakaman 999

memetik kata-kata Mazidul ketika stand-upper, lebih kurang katanya...
"Difahamkan.., lebih 1000 orang bekerja di tempat pembuangan sampah ini yang beroperasi dari jam 6 pagi hingga 5 petang... Kotor !! Memang kotor... Tetapi, adakah sekotor bekerja sebagai seorang pelacur..."


sebahagian dari ramai pekerja yang bekerja mengutip sampah ditempat pembuangan sampah di Telaga Punggor, Batam


atau


sebahagian "anak ikan" atau Lonteh (pelacur), duduk di dalam "akuarium" menunggu pelanggan di salah sebuah lounge atau pusat hiburan di Batam...

gambar oleh
EZREEN | +6 012 775 0952


Thursday, 31-Dec-2009 23:59 Email | Share | | Bookmark
Operasi Bersama Malam Tahun Baru

AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) bersama JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) mengadakan operasi bersama di malam tahun baru... Operasi dijalankan di persimpangan Stulang Laut...
Ujian secara rambang dijalankan oleh AADK, hasilnya beberapa orang ditahan kerana memandu di bawah pengaruh dadah...
Lokasi memang cantik... Ramai gak yang hilang stim untuk menyambut malam tahun baru di Zon sebab terpaksa bertembung dengan road-block....
Manakala JPJ pula menjalankan operasi cermin gelap dan lesen... Banayak juga saman yang dikeluarkan... Ada juga pemandu dan pemilik kereta yang terpaksa menanggalkan lapisan penapis cahaya cermin kenderaan mereka...


semua foto oleh:
EZREEN | +6 012 775 0952


Monday, 28-Dec-2009 23:40 Email | Share | | Bookmark
Airmata mengalir di Serambi Kaabah - Final Part

Arini adalah hari terakhir aku di Bandar Acheh.. Flight kul 3 petang...
Pagi ini aku, Faizaul dan En Lani ambil kesempatan untuk ke Kampung Gurah untuk bertemu imam di sana seperti mana yang disarankan oleh Dr Fuad.
Di Kampung Gurah ini terdapat sebuah kubah masjid yang tersadai di tengah-tengah kawasan semak samun.. Menurut cerita imam yang kami temui, kubah tersebut telah hanyut jauh ke pedalaman tapi balik semula mengikut surut laut... Beliau terselamat setelah lama di bumbung masjid yang tak jauh dari tempat di mana letaknya kubah ini...

Selepas itu, kami ke bandar untuk berjumpa dengan Ustaz MujibulRahman, salah seorang mangsa Tsunami yang terselamat.
Ustaz Mujib dan 58 yang lain selamat kerana berjaya menaiki bot yang tersangkut di rumah tetangganya..
Menarik cerita ustaz dan yang paling menarik adalah cerita pengalaman beliau melihat ombak terbelah 2 sebelum menghempas bot yang mana telah menyelamatkan 59 org di atasnya...

Dan kami terus pulang ke asrama untuk berjumpa dengan anak-anak yatim sebelum berangkat pulang... Tak perlu le aku ceritakan macam mana perasaan aku ketika hendak meninggalkan mereka yang ramah dan baik budi..
Bacaan selawat beramai-ramai cukup menyayat hati aku....

Pukul 3 petang, aku pulang menaiki kapal terbang Air Asia... meninggalkan seribu kenangan, membawa pulang beribu pengajaran dan pelajaran baru dalam hidup aku...(tak lupa jugak airmata yang tak semena-mena mengalir)

Banyak benda yang aku pelajari (dan masih banyak lagi yang perlu aku pelajari) sepanjang 4 hari di Acheh, bandar Serambi Kaabah ini...
Seperkara yang aku ingin kongsikan di sini, semua yang aku temui, semua yang aku temubual, mereka langsung tidak menganggap Tsunami sebagai 1 bencana, mereka menganggapnya sebagai satu teguran dari Yang Maha Esa kerana mereka leka dengan ajaran Islam...

Semoga aku dapat ke sini semula...

Semua foto oleh:
EZREEN | +6 012 775 0952


Sunday, 27-Dec-2009 23:29 Email | Share | | Bookmark
Airmata mengalir di Serambi Kaabah - Part VII

Bangun awal pagi kerana kali ini, aku akan di bawa ke masjid, satu-satunya bangunan yang bertahan semasa bencana Tsunami 5 tahun lepas... Terletak di Lampu'ok...agak jauh jugak dari tempat aku menginap. Sepanjang perjalanan, melalui pekan dan kampung kecil..., melihat orang kampung membanting tulang mengerjakan sawah... suasana memang cantik tapi kami tak boleh berhenti kerana kesuntukan masa... Wakil dari Bakri perlu pulang ke tanahair tengahari...
Sampai di masjid, kami tak melepaskan peluang untuk mengerjakan sembahyang sunat... Masjid ini sedang dalam baik pulih dan dibiayai oleh Kerajaan Turki...
Dan aku, tanpa memikirkan yang lain, termasuk nyawa sendiri, meredah pelantar yang hanya 2 kaki lebarnya semata-mata untuk berada di bumbung masjid ini...


Sebelum pulang ke asrama, kami sempat jugak ke bandar... aku cuba mengabadikan beberapa gambar kesan Tsunami di bahagian bandar...
Satu yang menarik perhatian aku, rata-rata orang Acheh suka menyelesaikan puzzle....


Kemudian, kami pulang ke asrama... Di asrama, anak-anak yatim ini sudah pun bersedia untuk mengucapkan selamat jalan kepada wakil dari Bakri ini... Sekali lagi, airmata aku mengalir ...
Aku pun pulang ke banglo, hujan, dan aku luangkan masa itu dengan berdengkur....Enaknya...
Selepas Isya', aku, Faizol dan En Lani dijemput oleh Pak Zul untuk makan malam di rumahnya... Terperanjatnya aku melihat ikan bakar yang disediakan untuk kami semua... Bapak besarnya...!!!!


Terima kasih kepada Eddie (Segamat) dan Imran .....

semua foto oleh:
EZREEN | +6 012 775 0952


Saturday, 26-Dec-2009 23:46 Email | Share | | Bookmark
Airmata mengalir di Serambi Kaabah - Part VI

Selepas majlis kahwin, Pak Jamal membawa rombongan kami ke pekan semula.... Banyak tempat yang perlu di tuju dalam masa yang singkat....

"Terdampar.... Besarnya kekuatan gelombang Tsunami mampu menghempaskan sebuah tongkang Pembangkit Listrik Tenaga Diesel (PLTD) Apung berbobot mati 2,600 ton sejauh 5 km dari Pantai Ulee Lheue. Tongkang yang memiliki panjang 63 meter, luas 1,600 meter persegi dan mampu menghasilkan daya listrik sebesar 10.5 megawatt (MW) ini terdampar di Punge Blang Cut Kacamatan Jaya Baru - Banda Acheh"





Ini adalah adik Mukhriz.... Beliau terlibat secara langsung dengan Tsunami yang melanda kampungnya yang berdekatan dengan tempat Kapal Apung ini tersadai.....


Selepas melawat Kapal Apung, kami dibawa pula ke kampung lain yang mana terdapatnya sebuah bot nelayan yang dihempas ombak Tsunami pada 26 December 2004 hingga tersangkut di bumbung sebuah rumah. Bot ini menjadi bukti penting betapa dahsyatnya musibah Tsunami tersebut. Berkat bot ini, 59 orang terselamat pada kejadian itu...


Tetiba salah seorang dari kami mengsyorkan untuk makan sesuatu yang istimewa di Acheh... Dan buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku makan Bakso (bukannya tak ada dijual di Malaysia).. Oleh kerana pertama kali makan, tak dapat aku nak bandingkan sedapnya Bakso di Acheh dengan Bakso di Malaysia.. Seperti biasa, aku yang memang dikenali sebagai seorang yang tak makan pedas, makan gitu je lah......



Berada di tempat orang, adalah bagai satu kemestian untuk mencari sesuatu buat kenang-kenangan...,
Tapi, akak yang ikut aku tu, bukan beli cenderahati, macam beli belah untuk berniaga aje.....






Setelah penat, membeli belah...(penat ke?..), kami dibawa pula meronda di Banda Acheh sambil mencari tempat makan malam... Kali ini kami nak makan seafood.... Banyak kedai tutup sebab baru meraikan Hari Memperingati 5 Tahun Tsunami.... Akhirnya, kami berjumpa juga di sekitar pekan...
Makan memang best... Aku yang mengidam ketam, tak melepaskan peluang untuk makan ketam (kalau di Acheh, mereka panggil "Kepiting")... Murah pulak tu, dan, kerang..., mak ooi, besar-besar belaka....


Kepada sesiapa yang suka tengok ikan, di Acheh, anda akan leka melihat ikan walaupun ketika anda kencing...



semua foto oleh:-
EZREEN | +6012 775 0952



[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net